Berakhirkah hubungan kita? :'(

3.33 am, - (send message) Aku bermimpi buruk tentang cinta pertama aku. Ya. Itu kau. Jangan kau ragu-ragu. Mimpi itu, aku melihat kau disebelah seorang perempuan, kau memegang erat tangan dia, kau sentuh paha dia, dan kau memeluk tubuh dia. Kau gembira disampingnya. Tak cukupkah seorang?! Dalam mimpi aku, kau berubah. Ya. Kau yang berubah. Tangisan aku, tak menyentuh hati kau. Kau ketawa kan aku. Kejamnya kau. Kau tak merayu saat aku memutuskan hubungan kita. Kau tak ekori aku saat aku pergi. Kau hanya merupai wajah cinta pertama aku kerana sikap kau lain. Kau bukan cinta pertama aku yang aku kenal. Dimana dia cinta pertama aku? Muncullah sayang. Aku merayu. Aku hanya dapat menangis dan terus menangis. Aku tersedar dalam buaian mimpi, terus aku mengelap air mata kekecewaan sambil berdoa '' YaAllah, seandainya itu kebenaran dan memang takdirku, kau tunjukkan lah. Aku rela melihat itu daripada terus ditipu. Dan kau berikanlah aku hidayah serta petunjuk kepadaku dalam jalani hidup seharianku. '', berdoa dalam kesedihan. Air mataku bercucuran tak berhenti dan mataku amat pedih. Tangisan pilu aku tidak siapa yang tahu. Seandainya jika kau mahu aku hindari cemburu buta, prasangka, dan rajuk ini, aku akan percaya pada kau 100%, takkan ada sakit hati lagi, dan takkan ada kebencian lagi. Tapi sebaliknya mungkin ada kembali permainan cinta dan tipu kanan tipu kiri cinta. Aku tak mahu kehilangan kau. Tanpa kau, aku tak dapat berjalan. Tanpa kau, aku tak dapat senyum. Tanpa kau, tak berbunyilah ketawa aku yang kau sukai. Dari bangun buaian mimpi sehingga 1jam menaip messange untuk kau ini, sukar untuk aku melelapkan sepasang mata ini kembali. Fikiran aku mula terganggu dengan soalan-soalan panas. Aku benci dengan pemikiran yang tidak benar ini. Aku mahu kebaikan tentang kau di pemikiranku. Aku cuba untuk melelapkan sepasang mata, cuba dan terus mencuba.

10.36 am, - (send message) Walaupun aku tak dapat melihat kau hadir dihadapan ku. Telinga aku mendengar orang berkata, dan aku menjawab sepatah dua kata. '' Hey babe, I see your boyfriend kelmarin '' okay, dimana? '' KBmall lah, kenapa tak pergi jugak? '' sebab... errrrr, malas. - Adakah kau tahu apa yang aku rasa? Aku malu. Aku sakit hati. Aku benci. Berapa kali kah kau pergi KBmall tanpa aku? Selama kau pergi, ada aku memarahi kau? Ada tak? Tidakkah kau terfikir apa sikap kau menyakitkan hati aku? Hatiku sangsi. mahu menerima kau ataupun tidak. Mungkin aku membuat kau berasa bosan dan tertekan. Maafkan aku. Tidakkah kau menyesal menerima aku kembali pada 31/3/2011? Aku dapat merasai, aku telah membuat diri kau tertekan dan berputus asa untuk meminta maaf. Adakah juga berputus asa dengan hubungan kita? Kau merayu. Kau janji. Kau memohon maaf. Patutkah aku memaafkan apa yang kau lakukan? Cukupkah sekadar meminta maaf? Sukar untuk aku menerima. Sukar untuk aku memaafkan. Sukar untuk aku melepaskan. Tiap-tiap kejadian, pasti 'berakhir dengan tangisan'. Seandainya boleh ditukar 'berakhir dengan kegembiraan', sekarang aku pasti gembira. Walaupun aku berada dalam tangisan, aku mahu kau berada dalam kegembiraan. Kau gembira dengan kebebasan kan sayang? Kebebasan bersama teman-teman kau. Mungkin aku patut undurkan diri demi kebebasan kau. Mungkin juga aku yang patut meminta maaf di atas perbuatanku yang aku lakukan, perkataanku yang aku ungkapkan, dan salah silap ku terhadap kau membuat kau tersiksa, tertekan dan juga pasti membosankan kau. Lepaskan aku. Setakat ini saja sayang, 11/9/2011. Maafkan aku. Assalamualaikum :'(


12.46 pm, - Kau memegang aku. Kau mengekori aku. Sepanjang perjalanan keluar daripada kawasan sekolah, perkataan '' Sayang, maaf. Tolong maafkan saya. '' yang keluar daripada mulut kau. Aku cuba lari daripada kau. Aku tak mahu kau melihat air mata mengalir ke pipi ku. Tapi, aku tak boleh. Kau memegang aku, aku berhenti. Aku menyuruh kau melepaskan aku dan biarkan aku pergi tapi kau takkan lepaskan aku dengan mudah. Disaat itu tidak terbilang perkataan '' maaf '' keluar daripada mulut kau. Dengan mudah aku maafkan kau dan ia tak semudah aku menyembuhkan sakitnya hati aku. Apa yang kau suruh untuk kebaikan aku, aku buat. Aku tahu aku perempuan dan kau mahu menjaga aku. Terima kasih atas pengorbanan menjaga aku. Aku ketawa dalam kesedihan. Aku takut kehilangan cinta pertama aku. Tidak kah kau terfikir, hilangnya keegoaan aku sekarang. Kadang-kadang, kesalahan kau tapi aku masih bercakap dengan kau kerana aku rindu nak dengar lawak bodoh kau. Kau menyayangi aku dengan kesungguhhan. Aku pun sama. Tapi, ada kau pandang? Ya. Aku pernah menipu kau. Aku pernah menduakan kau. Mungkin itu menyebabkan kau tak memandang aku menyayangi kau dengan kesungguhan. Kau tahu dan kau kenal aku, aku perempuan yang tak boleh bersabar.  Ramai yang berkata, '' cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.'' Sekarang, aku sudah belajar bersabar sayang. Adakah kau tahu? Adakah kau rasa? Aku terpaksa pergi sekarang.


2.46 pm, - Sampai dirumah, aku seperti tak tentu arah. Tanpa makan, tanpa minum, dan tanpa makan ubat aku membuka laptop, terus on facebook dan blogger. Sambil meluahkan perasaan di blogger. Disisi kiri laptop telefon aku berdering '' Hello georgous, hello, hello, hello georgous. '' tidak terbilang berapa kali kau menelefon aku. Hanya kau menelefon. Tiba-tiba aku berfikir '' Besar sangat kah kesalahan dia? Mengapa aku begitu kejam? '' Sebenarnya sayang, aku dalam ketakutan. Aku takut sangat, takut kau menjaga aku tapi untuk kepentingan kau sendiri. Aku pernah menceritakan tentang ex-boyfriend kakak aku kepada kau pada suatu ketika. Kau masih ingat itu? Aku tahu kau bukan begitu. Tapi aku takut. Lelaki itu juga bukan begitu. Lelaki itu juga tak berniat untuk kepentingan diri sendiri. Cuma ada orang ketiga akan merosakkan kita? Kau mengertikan sayang? Tidak bermaksud aku mahu meninggalkan kau. Aku mohon beri aku masa untuk aku melepaskan sakit hati ini pergi jauh. Bukan keegoaan menguasai diri aku sekarang. Ia sakit hati. Takkan kau mengerti juga takkan aku fahami. Mungkin kau kata aku ini mahukan pujukan. Tak! Aku tak nak! Jika kau terpaksa memujuk aku. Aku tak mahu. Aku kesian melihat kau berusaha memujuk aku dengan terpaksa. :'(
Salam sayang dan rindu, ikhlas daripada cinta hati kau. 

He Has My Heart :)


Dia yang bernama Danny. Dia menggabungkan nama kami, DANIRA. Dia cinta pertama saya. Dia yang saya sayang yang saya cinta. Dialah nyawa saya. Hanya dia sahaja yang betul-betul mengenali baik dan buruk tentang saya. Dia kekasih hati. Dia sahabat setia. Saya sangat menyayangi dia. Dia selalu membuatkan wajah saya yang garang menjadi ceria dengan gelak ketawa ketika bersama. Dialah lelaki yang paling sabar yang pernah saya kenal. Dia nakal sangat. Dia selalu mengambil berat tentang saya. Dia suka memeriksa handbag saya. Di sekolah dia selalu tarik tudung sekolah saya separuh sampai saya menutupi mata supaya saya tak tengok lelaki lain. Dia ada tahap cemburu yang sangat tinggi. Dia panas baran tapi dia penyabar. Dia seorang yang senyap. Dia tak layan perempuan. 

Kenapa terjatuh cinta dengan dia?
- Dia selalu mengalah.
- Dia dengar cakap saya.
- Dia menangis sebab saya.
- Dia tiada kawan perempuan.
- Dia tak kisah macam mana rupa saya.
- Dia bersungguh-sungguh cintakan saya.
- Dia selalu buat dirinya terbaik untuk saya.
- Dia seorang lelaki yang tak sukakan merokok.
- Dia menyimpan kenangan dulu sehingga sekarang.
- Dia manja dan kerenahnya membuatkan aku terhibur.
- Dia selalu mudah memaafkan saya jika kesalahan saya.
- Dia sanggup datang rumah pujuk saya, jika saya merajuk.
- Dia sanggup tunggu aku dan merana sebab aku selama 4 bulan.
- Dia selalu menjaga saya, dia tak nak aku dibuli oleh sesiapa pun.
- Dia memarahi saya bila saya berpakaian seksi sebab nak jaga saya.
- Dia tak pernah lupakan saya dan selalu bawa 4 keping gambar saya.
- Dia sanggup gaduh dengan ex-boyfriend aku sebab mengganggu aku.

Kenapa ada juga nangis dan sakit hati sebab dia?
- Dia panas baran.
- Dia yang terlalu sensitif.
- Dia selalu merendah diri.
- Dia malas nak kesekolah.
- Dia yang terlalu cemburu.
- Dia suka cari kesalahan saya.
- Dia selalu mengimbas cerita lama saya.
- Dia kadang-kadang bergurau terlalu kasar.

Love, yaya :)

Celebrate my birthday party pinky night. XD

Firstly, thanks to mama cause sponsor my birthday. You're the special people in my life, mama :) Saya sangat menyayangi mama saya. A special cake from my brother and sister in law, thank you sebab belanja :) 3.9. 2011, party pinky night yaya mohamad :)

Thanks a lot, nudzul danial faris. Awak bukan orang pertama wish birthday saya, tapi yang terakhir. Yang terakhir dan yang paling special for me. Thanks for give the special presents, flower bud, necklace and earring. I love you forever, hate you never. Thanks once again for the suprise and pakaikan saya rantai tuu. I don't forget this sweet moment forever. I really appreciate it babyyyy. I would never ever try to replace you with someone better cause for me, you're the best I can get in my whole life. XD

 Those yang give me the presents and coming for my birthday party, thanks. I get that a lot and so cute presents from you guys. I heart you all. Those yang wish happy birthday dalam facebook, and twitter, thanks. I get that a lot. Sorry guys, tak dapat nak reply one by one. Penat jari-jemari ku. heeeee.

Thanks, love you all. :)

Happy eid day :')

Firstly, very Happy Eid to all muslim muslimat. May you have a great eid. I've got one thing to say to family, friends, bofie, sorry for all my mistakes I knowingly or unknowing. I wish hopefully you forgive me. Terlanjur kata atau terlampau cara, mohon ampun dipinta. Mana lah tahu, cara saya buat korang rasa meluat atau kata-kata saya buat korang terasa. hehehehe :p Di Aidilfitri ini,  berpakaian baru aneka gaya semua. Manisnya si dara, kacak-kacaknya teruna :) Di Aidilfitri ini juga, anika juadah tersedia, mencekik sampai perut buncit. Alahai, semakin gemuk laa nampaknya. Istimewanya aidilfitri, 'ketupat' rendang bukan 'mengumpat' yerrr :p

Bermakna sangat raya tahun niiii. Harap anda jugak begitu. Beraya dengan keluarga bahagia, kawan-kawan tersayang, dan hubby tercinta. Saya harap raya tahun seterusnya,  lebih lebih lebih dan lebih bermakna dalam hidup. Apa-apa pun, 0-0 okay? Sorry for everythings. Lastly, nak duit rayaaaaaa? :p
Wholehearted, yaya mohamad. :)