cinta , aku dan kau terbina ♥

  • 2 Februari 2010. Kau hadir. Sebelum ni, kau selalu tengok aku walaupun dari jauh. Aku tak sedar semua tu. Pada suatu hari, kita saling memberikan senyuman manis dan mulalah kau untuk usha aku. Aku sombong dan aku tak layan kau. Disaat aku kesunyian, tiba-tiba kau muncul dengan diam-diam dalam hidup aku. Kau message, ayat-ayat cinta yang mengata kan kau sukakan aku. (Aku tak reply). Kau call, aku malu nak bercakap. (Aku tak angkat). Kau ajak jumpa, aku tak pernah mahu. (Aku tak nak keluar dengan kau). Terlintas di minda yang kau mungkin akan menjadi kawan aku. Hanya sekadar kawan aku tapi ianya diluar jangkaan. Kenapa macam tu? Aku tak sukakan kau, aku tak sayangkan kau dan aku tak mencintai kau. Terlampau melintasi jangkauan aku. Kau selinap masuk dalam kehidupan aku. Tapi mengapa kita boleh menjalinkan hubungan percintaan ini? Mengapa aku jahat? Setiap perkataan yang pernah keluar daripada mulut aku semuanya dusta belaka. Mengapa kau hanya aku jadikan tempat luahan perasaan? 
  • 14 October 2010. Kau kehilangan aku. Aku kehilangan kau. Aku tak kisah aku kehilangan kau. Aku lega boleh lepas kau. Tiada lagi perempuan yang akan menipu kau. Tiada lagi perempuan yang akan menagih simpati dekat kau. Tiada lagi perempuan yang menangis depan kau. Tiada lagi perempuan yang akan menceritakan semua masalah. Dan tiada lagi perempuan paling jahat dalam hidup kau. Cukuplah dulu kau yang tersangat istimewa dalam hidup aku, kau tetap bersama aku dan tetap menemani aku walau aku lukakan hati kau. Dan cukuplah selama ini aku diselimuti+dipeluk oleh kebaikan kau. Aku tak nak tipu kau lagi.
  • November. December. Januari. Februari. Semuanya bermula dengan pembohongan, pembohongan mengajar aku erti percintaan. Aku sudah tidak mampu membohongi diriku lagi. Aku sudah tahu mengapa 4 bulan ni aku tidak bahagia. Aku rindu kau. Tiba-tiba aku sedar aku mencintai kau. Ingat tak bila aku cakap dekat kau yang 'aku tak nak tengok muka kau lagi dan jangan pernah muncul dalam hidup aku lagi?' umphhh, kenapa aku sanggup menggunakan kata-kata yang sangat kasar dengan kau? Aku permainkan cinta kau kerana masa tu aku buta. Ya, aku buta dan hati hitam. Aku tak pandang dan tak memahami tentang cinta. Mengapa boleh jadi macam tu? Kenapa aku pandang harta? Kenapa aku buat kau rasa hina? Tak patut aku buat kau macam tu. 4 month aku boleh hidup tanpa kau. Tapi, kau? Adakah kau boleh? Maafkan aku wahai insan yang kugelar hubby. Kadang-kadang aku selalu juga merindukan kau. Aku terfikir, 'bagaimana kehidupan kau tanpa aku?' (Nak tahu sangat-sangat)'. Pada suatu hari bulan februari, kawan-kawan aku bercakap tentang kau selepas aku tinggalkan kau. 3 keping gambar aku masih ada dalam dompet kau, kau selalu menangis sebab aku, kau selalu teringat kat aku dan yang paling aku tersentuh kau pesan dan bagi amanah kepada semua kawan-kawan aku untuk jaga aku dengan sebaik mungkin. Air mata aku? Sekeras mana hati aku, aku juga akan mengalirkan air mata. Aku menyesal kerana menghina, mencaci, dan permainkan cinta lelaki yang ikhlas mencintai aku. Ya Allah :'(
  • 2 January 2011. Bermula tahun 2011. Aku tak sanggup untuk datang ke sekolah, aku tak sanggup melihat kehampaan diwajah kau, aku tak sanggup melihat kebencian diwajah kau terhadap aku. Kau pasti bencikan aku. Pasti. Aku yakin sangat. Tapi, aku nak kau tahu yang aku sangat merindui kau dan aku sangat menyesal. Maafkan aku. 
  • 17 March 2011. Kelihatan senyuman manja kau. Aku rasa tenang. Aku dah lama rindukan senyuman diwajah kau. Kenapa dengan aku? Aku dah gila bayang? Tak mungkin! Aku rindu nak disisi kau. Aku rindu nak kau layan kerenah aku. Aku nak bercerita dengan kau. Aku rindu pujukan kau. Aku rindu kenyitan mata dari kau. Aku rindu kau lapkan air mata aku. Sayang hubby sangat-sangat :'( Selama ni aku buat-buat tak endah, tapi dalam hati aku masih ada kau. Aku mahu tahu selama mana aku mampu bertahan dengan ujian kau. Aku mengira detik kau dan aku. Jika aku rindu kau, aku hanya mampu mengingati number telefon kau dan melihat satu keping gambar yang tak jelas. 
  • 23 March 2011. Don't come back for me. Jangan, jangan, jangan datang kepadaku. Aku perempuan yang telah sakiti hati kau. Ya, jangan. Tapi, kawan-kawan sekelas aku satukan kita 10minit di meja batu di sekolah. Aku malu, dan takut. Bukan malu bersama kau, bukan takut kerana pihak ketiga. Tapi aku malu kerana lukakan hati seorang lelaki tulus cintanya dan aku takut kau benci aku. Dalam 10minit itu, kau cakap 'saya masih guna number dulu lagi dan sekiranya ada pape call atau msg lah'. Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana hatiku menangis. Aku rindukan kau. :'( 
  • 25 March 2011. Allah itu maha adil. :'( Aku msg kau, aku cakap 'i miss you'. Aku malu kerana tidak terbalas 'i miss you more'. Ia tidak macam dulu! Aku rindu kau tanya aku 'sayang hubby tak?'. Aku rindu kau marah-marah aku. Rindu semua tentang kau. Semalam, malam jumaat, aku mimpi kau dipelukan perempuan lain. Walaupun dalam mimpi, aku berfikir 'Pelukan kau mengapa murah sangat?'. Aku bangun dan menangis. Aku terus lupakan. Hari ini disekolah, aku melihat kau bercakap dengan musuh aku. Adakah kau cintakan dia? Adakah kau mahukan dia? Kenapa aku cemburu? Aku tak patut cemburu. Mengapa semua ini didepan mata aku? Mengapa terluka hatiku? Kau nak balas dendam? uumphhh, Allah maha adil. Cukuplah dulu aku siksa kau, dan sekarang kau pula menyiksakan aku. Macam tu ker wahai insan yang ku gelar hubby? Kau dah berubah dan berlainan. Aku baru tahu kau bukan hubby aku. Kau hanya menyerupai wajah hubby aku. :'( Ingatkah kau pada aku? Aku cinta pertama kau. Mungkin ya, mungkin tidak. Kerana kau sudah berubah. Kau yang berubah. Kau yang mula menjauh seolah-olah tempat kita berubah. Aku sudah menjadi kawan kau. Adakah aku mengejar kau? Aku yang menghampiri kau dan menagih kasih sayang dari kau. Jika niat kau hadir dalam hidup aku kerana dendam, terima kasih hubby. Kau buat aku serik dengan dunia aku sendiri. Cukup lah aku terkena dua kali. Itu sudah memadai. Kau sebenarnya tak tahu cerita sebenar aku. Aku banyak tersiksa tanpa kau. Ego aku mungkin jatuh demi cinta aku. Kenapa tidak dulu cinta itu datang? Selamat tinggal kawan. Aku harap kau bahagia dengan perempuan pilihan kau yang aku bermusuh itu. Semuanya ada hikmah.
  • 30 March 2011. Penjelasan aku dan kau. Kau dah jelaskan dan aku pun jelaskan. Aku keluar bersama kau. Disini bermula untuk aku bercerita. A-Z sudah aku cerita kisah sebenar. Aku sangat ego. Pihak ketiga dari hubungan kita dulu itu, lelaki yang paling kejam pernah aku jumpa. Dia buruk-burukkan nama aku. Dia syaitan. Syaitan yang bertopengkan manusia. Aku janji pada kau, yang aku akan berubah. I want to save MY HAPPINESS, delete MY PROBLEMS, undo MY MISTAKES, and refresh MY LIFE. Aku mahu hapuskan keegoaan aku. 
  • 31 March 2011. Kau dan aku bersatu! :D Aneh, kenapa kau tak pernah menjauh dari aku. Sudah kau beri penjelasan, aku cinta kau sampai mati. Hanya aku cinta kau seorang. Terima kasih hubby sebab masih menunggu dan selalu menunggu aku. Aku terharu dengan kesabaran cinta kau. Aku? aku beruntung dapat seorang lelaki yang sanggup bergaduh dengan ex-bf aku kerana disebabkan ex-bf aku menggangu aku. Sekarang aku tenang. Aku dah dapat kebahagiaan aku kembali.
  • April, May, Jun, Julai, Ogos. 31 March 2011 and still counting. Ya, forever for me and forever for you :) I love you! Kita bahagia kan sekarang? Walaupun banyak gaduh. Aku belajar bersabar. Aku belajar duduk rumah sahaja. Kau ajarkan aku, semua kebaikan. Aku tetap bersama kau, hubby Nudzul Danial Faris. HubbyHoney :)
  • 24 Ogos 2011. Clash lagi? :'( Hubby, kenapa ramai sangat lelaki dan perempuan tak nak tengok kita bersama dan tak nak tengok kita gembira. Kita baru sahaja cipta kebahagiaan ini. Kenapa aku selalu tak boleh sabar dan kau boleh. Tolong ajarkan aku banyak bersabar? Maaf gunakan perkataan 'benci, bodoh, sial'. Okay, kita dah putus tapi aku tetap sayang kau. :')
  • 25 Ogos 2011. Aku mahukan kau, hubby! Bersambung lagi? ya. haha, kelakar lah! Kenapa aku ego eyhhh? Kenapa kesalahan aku, kau kena pujuk jugak eyhhh? kau kata, aku masih ada ego. kau kata, aku masih lukakan hati kau. kau kata, aku tipu. kau menangis sebab aku lagi. Start pada hari ini, aku nak buat insan yang kugelar hubby ini senyum selalu. Aku dah tak nak lukakan hati hubby aku. Aku nak lakukan apa sahaja yang boleh untuk buat hubby aku tersenyum. Tapi jangan aku seorang sahaja mengalah. Aku nak belajar untuk lebih bersabar. Aku tak nak cakap kasar. Gaduh macam mana sekali pun, banyak mana titisan air mata keluar, banyak mana sakit hati, dan banyak lagi tapi kita akan tetap bersama. Benda sekecil kuman, tidak aku besar-besarkan lagi. Selesai sebaik mungkin. Putus bukan jalan penyelesaian, kalau gaduh terus putus macam mana kalau kita kahwin nanti kan hubby kan? pape hal, aku mencintai kau sangat-sangat.  
  • story about 'danira', yayamohamad :)

No comments: